Adakah anda ingin bina rumah atas tanah sendiri tapi mengalami kesukaran untuk mencari kontraktor yang boleh dipercayai?
Kami faham dan mungkin agak sukar untuk anda betul-betul yakin kontraktor yang anda jumpa itu boleh siapkan rumah anda.
Namun, ada cara untuk anda pastikan kontraktor pilihan anda ini laksanakan setiap tugas yang anda berikan kepada mereka.
Iaitu, melalui Retention Sum.
Apakah Itu Retention Sum?
Retention atau Pegangan adalah peratusan (kebiasaannya 5% – 7%) daripada jumlah Interim Payment Certificate (Sijil Pembayaran Interim), yang akan ditolak daripada jumlah sijil tersebut dan dipegang oleh pihak klien/pemilik projek.
* Sijil Pembayaran Interim adalah jumlah pembayaran mengikut progress kerja kontraktor yang anda lantik dan kebiasannya ia dikeluarkan secara bulanan / mingguan bergantung kepada saiz projek.
Tujuan mempunyai Retention sum ini adalah untuk memastikan kontraktor betul-betul siapkan segala kerja yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Bina Rumah.
Di dalam Interim Payment Certificate perlu nyatakan dengan jelas berapakah jumlah Retention yang ditolak.
Sebagai Pemilik Projek, sebaiknya duit Retention disimpan pada akaun Bank yang berbeza bagi mengelakkan penyalahgunaan duit tersebut.
Dari segi pembayaran semula pula, Pemilik perlu kembalikan 50% wang Retention ini kepada Kontraktor setelah projek siap dan diberikan Certificate of Completion atau Sijil Penyiapan Projek dan selebihnya pada Certificate of Completion of Making Good Defects atau Sijil Kesempurnaan Dalam Pembaikan Kecacatan.
Di dalam Surat Perjanjian Bina Rumah antara anda sebagai pemilik projek perlu ada klausa untuk penetapan bagaimana Retention Sum ini berfungsi. Ini bagi memastikan kedua-dua belah pihak faham akan kegunaannya dan perlaksanaannya.
Di bawah adalah contoh klausa dalam Surat Perjanjian Bina Rumah Paveloft yang boleh digunapakai untuk penetapan syarat Retention Sum ini.