Sebelum memulakan sebarang projek pembinaan, mencari sebuah kontraktor yang sesuai dengan keperluan anda adalah penting untuk kejayaan sesebuah projek.
Melabur masa dan wang untuk mencari kontraktor yang berkualiti mampu menjimatkan lebih banyak masa, tenaga dan wang ketika projek sedang berjalan nanti.
Meskipun harga mungkin memainkan peranan terpenting dalam pemilihan kontraktor, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi satu-satunya faktor pemilihan.
Terdapat pelbagai lagi penilaian lain yang perlu dibuat dan beberapa penanda yang perlu anda elakkan.
1. Pengalaman
Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti akhir projek pembinaan anda.
Kontraktor yang berpengalaman kebiasaannya lebih mengetahui isu yang akan timbul sebelum projek bermula lagi.
Ini memberikan anda sebagai pemilik projek untuk berbincang dengan mereka dan mengatur strategi bagaimana anda boleh membendung isu tersebut daripada berlaku.
Namun, tidak semua kontraktor yang mempunyai pengalaman yang sama atau selari dengan projek yang anda ingin jalankan.
Oleh itu, adalah tanggungjawab anda untuk kaji selidik latar belakang kontraktor tersebut secara lebih mendalam akan kepakaran dan kefasihan mereka untuk melaksanakan tugas yang diberikan.
Pengalaman sudah tentu bukan satu-satunya cara untuk menilai tahap kepakaran sesebuah syarikat kontraktor. Tetapi ia adalah satu indikator yang baik untuk anda nilai sebelum memilih mana-mana syarikat kontraktor.
2. Sijil dan Kelayakan
Sijil dan kelayakan adalah suatu bentuk kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum melantik kontraktor pilihan anda.
Meskipun sesebuah syarikat kontraktor itu sudah beroperasi lebih dari 15-20 tahun, tidak bermakna sepanjang tempoh tersebut mereka melakukan perkara yang betul!
Selain dari sijil CIDB dan SSM, banyak lagi sijil-sijil kelayakan yang lain seperti sijil dengan SPAN (kerja-kerja pengairan), TNB (kerja-kerja elektrik), IWK (kerja-kerja pembentungan), JKR (kerja-kerja civil), SIRIM (kualiti peralatan), TM (kerja-kerja komunikasi) dan lain-lain perkhidmatan.
Sijil-sijil seperti ini adalah bonus tambahan yang anda boleh dapatkan daripada mereka supaya ia bukan sahaja membuktikan mereka kompetan, tetapi mereka serius dalam mempertingkatkan kualiti dan skill syarikat mereka.
3. Kekuatan Sumber
Adakah kontraktor pilihan anda itu mempunyai sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan peralatan pertukangan yang cukup?
Sumber kewangan setakat ini adalah sumber yang paling penting bagi mana-mana kontraktor untuk menjalankan projek.
Kontraktor yang professional kebiasaannya akan mempunyai kewangan yang stabil sama ada berbentuk Cash-In-Hand atau pinjaman dari bank (Term Loan atau Overdraft). Minta kontraktor bekalkan anda surat dari bank bagi pinjaman atau statement bank untuk Cash-In-Hand.
Dengan modal yang ada, pihak kontraktor boleh melaksanakan projek mengikut progressive payment.
Bermakna, kontraktor hanya akan dibayar mengikut progres penyiapan rumah dan bukan secara upfront payment.
Walaubagaimanapun, pastikan anda membuat sebuah perjanjian bagi memastikan pembayaran boleh dibuat secara progressive dan bukan membiarkan pihak kontraktor menanggung segala kos mereka. Jika anda tidak ingin projek anda dibiarkan terbengkalai, pastikan kedua-dua belah pihak bersetuju dengan payment term yang ditetapkan pada awal projek.
Tidak tahu apa terma pembayaran yang ingin anda tetapkan kepada kontraktor anda?
Dapatkan Surat Perjanjian Bina Rumah Sekarang dan pastikan hak anda sebagai pemilik projek terlindung!
Sumber kedua terpenting adalah tenaga kerja. Kontraktor yang bagus adalah mereka yang mempunyai jaringan sub-kontraktor yang baik yang boleh melaksanakan kerja yang bukan pada kepakaran mereka. Ini bagi memastikan kerja-kerja penyiapan projek anda akan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah pekerja atau seumpama dengannya.
Sumber ketiga terpenting adalah peralatan pertukangan. Meskipun peralatan pertukangan ini boleh didapati melalui rental, tetapi sangat penting untuk anda pastikan mereka menggunakan alat yang betul dan berkualiti sepanjang tempoh binaan.
4. Komunikasi
Adakah kontraktor pilihan anda boleh berkomunikasi secara efektif dengan anda dan sub-kontraktor mereka?
Komunikasi yang efektif antara kontraktor dan anda akan memastikan projek anda berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang perubahan last minute yang biasa berlaku disebabkan persefahaman yang berbeza.
Begitu juga komunikasi antara kontraktor dan sub-kontraktor mereka —ini bagi memastikan kerja-kerja yang dibuat oleh sub-kontraktor mereka mengikut spesifikasi teknikal dan masa yang telah ditetapkan.
Selain itu, kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan perlu membantu anda dalam menghasilkan idea-idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah yang bakal atau sedang berlaku.
Apa yang sering terjadi adalah kontraktor bertindak untuk berlepas tangan apabila berlakunya sebarang masalah pada projek pembinaan tersebut.
Perkara sebegini boleh dielak sekiranya kotnraktor memberitahu pihak pemilik projek akan masalah yang akan berlaku.
Walaupun anda mungkin perlu mengeluarkan pembayaran awal yang lebih tinggi akibat ingin menyelesaikan masalah tersebut, namun anda tidak perlu lagi risau tentang masalah yang bakal menimpa di masa hadapan.
Kerana ia sudah diselesaikan SEBELUM masalah itu datang.
5. Kebijaksanaan Dalam Perancangan
Setiap kontraktor mempunyai cara masing-masing dalam proses melaksanakan sesebuah projek pembinaan.
Jadi, anda sebagai pemilik projek berhak untuk mengetahui apakah kaedah yang mereka akan gunakan sepanjang proses pembinaan itu berlaku.
Sekiranya projek anda memakan masa yang panjang (lebih dari satu bulan), maka anda perlu minta kontraktor anda menghantar Work Programme atau pelan perancangan kerja sepanjang tempoh perlaksanaan projek.
Kontraktor yang professional semestinya sudah ada perancangan bagi memastikan ia mengikut tempoh masa yang anda tentukan.
Maka, sebelum bersetuju untuk membenarkan kontraktor pilihan anda itu mula bekerja, pastikan mereka sudah mempunyai perancangan mereka sendiri.
Ini akan memudahkan proses pemantauan kerja dan proses pembayaran kepada mereka.
Konklusi
Daripada setiap ulasan yang kami berikan sepanjang artikel ini, kami boleh simpulkan bahawa sangat penting untuk anda melakukan kaji selidik sebelum memilih mana-mana kontraktor.
Anda bertanggungjawab dalam memastikan kontraktor pilihan anda itu betul-betul boleh melaksanakan tugas seperti yang inginkan.
Pastikan anda mendapatkan sebanyak informasi daripada kontraktor anda dan nilai kebolehan mereka untuk bekerja.
Tersalah pilih kontraktor bakal mengundang pelbagai risiko seperti kontraktor lari dan projek terbengkalai di masa hadapan.
Nak tahu lagi apa kesilapan-kesilapan BESAR yang anda WAJIB ELAK untuk selamatkan diri anda dari kerugian puluhan ribu ringgit?
Dapatkan eBook kami yang bernilai RM69 secara 100% PERCUMA!