Susah Nak Cari Kontraktor? Takut Ditipu?
Anda pernah dengar kes projek terbengkalai 10 tahun lamanya? Kes duit sebanyak RM100,000++ dilarikan dalam sekelip mata? Kes lepas dapat bayaran terus menghilang?
Kontraktor datang dengan pelbagai ragam, dan 80% daripadanya berpotensi untuk menipu wang ringgit anda. Sudah ramai yang menjadi mangsa kepada kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini dan sekali gus mengakibatkan kerugian terkumpul sebanyak jutaan ringgit.
Ini Adalah Cabaran Yang Anda Bakal Hadapi
Anda sebagai bukan pemain industri, sudah tentu akan rasa seram dan takut apabila memikirkan kesukaran untuk mendapat kontraktor yang boleh dipercayai.
Risiko untuk ditipu itu sangat tinggi. Apatah lagi apabila berhadapan dengan kontraktor yang pandai berkata-kata, mencairkan ibu, ayah, isteri dan keluarga anda yang lain untuk mempercayai.
Tetapi, risiko seperti ini bukanlah pengakhirannya. Meskipun anda berhadapan dengan kontraktor yang paling dahsyat (baca: samseng) sekali pun, anda boleh patahkan kaedah manipulasi mereka.
Ini memberikan anda lebih banyak pilihan kontraktor (yang berkelayakan) untuk merealisasikan impian anda.
Solusinya Bermula Di Sini
Di Paveloft, kami percaya ada cara lebih baik untuk membina rumah. Kaedah yang bakal memberi penjimatan, keselamatan dan jaminan kualiti pembinaan. Kami obses tentang bagaimana kami boleh bantu orang ramai dengan kaedah ini, dan misi kami adalah supaya anda berjaya mendapatkan rumah impian anda dengan kaedah yang kami bawa ini.
Surat Perjanjian Bina Rumah
Kami Percaya Dokumen ini Bakal Mengubah Kehidupan anda
Fokus kami adalah untuk memberi perlindungan kepada pemilik rumah dari kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Kami teruja untuk memudahkan pemilik rumah memiliki perjanjian tanpa perlu mereka bersusah payah dan membazir wang ringgit untuk melantik peguam menciptakan untuk anda.
Jimat Wang dan Masa Dengan Mengawal Kontraktor Anda.
Direka Untuk Paksa Kontraktor Degil 'Tunduk' Dengan Anda
Setiap terma dan syarat ditulis khas untuk memastikan hak anda sebagai pemilik projek dan kontraktor sebagai pembina dilindungi. Antara terma yang bakal melindungi anda:
- Harga Tetap Yang telah Dipersetujui
- Tiada Kerja Tambahan Melainkan Dipersetujui
- Kontraktor Dikenakan Denda (LAD) Sekiranya Lewat Menyiapkan Projek
- Kontraktor Harus Sediakan Pekerja Gantian Sekiranya Pekerja Lari
- Kos Kelewatan Yang Disebabkan Kontraktor Harus Diserap Dari Segi Wang & Masa